Pusing pusing kat FRIM 27hb

Hari Ahad lepas, aku set kan diri aku nak pi kayuh kat FRIM. Dah sebulan aku tak pi sana. Banyak program lain pulak. So pagi tu Aku pun bungkuih gerek dan masuk dalam but. Sampai kat parking depan tokong reassemble balik bike. Mana trail nak ikut hari ni ?????
















Jadi Aku mulakan kayuhan la. Mula pi ikut tarmac kat dalam FRIM tu lepas tu naik kat trail Bukit Hari.

Bukit Hari Trail


Bukit Hari Trail (pic2)


Pit Stop sat. Kasi rest sikit basikal dan penunggangya. (Pancitt)



Boleh nampak KL Tower dan KLCC dari atas ni.

Lepas trail Bukit Hari. Aku turun pi test technical skill turun ikut single trail. Alamak tak lepas lagi laaa. Brek aku dan tayar tak berapa cengkam tu yang payah sikit tu.... Lepas tu aku pusing kat Kepong Botanical Garden. Cun jugak kat sini. kalau bawa family boleh le picnic...



Gerek tengah posing kat jambatan



Lepas tu aku pun try lalu kat tarmac, sampai kat hujung alamak dead end la. Lupa pula aku patut kena pi masuk kat trail selepas Taman Ehsan punya entrance. Jadi patah balik la... Jenuh jugak nak naik bukit. Masuk la kat dalam trail nak pi ke trailhead 501.


Kat trail 501. Banyak balak beso loo.



Keluar dari 501, turun la bukit. Aku ingat nak pi pekena nasi lemak tapi sampai je brother tu dah siap bungkus, Bungkus perkakas masuk van dia. Dah habis. Tarak rezeki la. Jadi aku teruskanlah balik ke kereta. Sampai kat kereta pack balik lepas tu singgah kat kedai mamak kat rumah, makan le kat situ....

Comments

Popular posts from this blog

Transformasi T-Blaze

Pembuka Bicara @ Opening

Kiara oh Kiara