Transformasi T-Blaze

Dah lebih 2 tahun T-Blaze dinaikki. Beberapa perubahan dan penaikan taraf telah di berikan kepada T-Blaze ALU 3+ ni. Gambar-gambar berikut menceritakan kronologinya.


Jun 2008 : Masih baru lagi, tongkat pun ada lagi

Oct 2008 : Kerja-kerja pemasangan bar-end (Giant)

Jan 2009 : Setelah kejadian tergolek sewaktu menuruni bukit kat Seri Gombak Hash maka beralihlah tayar Heng Shin ke Kenda Nevagal 2.1.


Nov 2009 : Oleh kerana "seat post" lama pendek, maka telah dinaik taraf yang panjang (FSA Carbon).


Apr 2010 : T-Blaze kat ladang sawit Hash BTP. Belemuih kena lumpuq.

May 2010 : T-Blaze beraksi di Bukit Kiara


Okt 2010 : Perubahan ketara dibahagian depan. Ampaian depan dinaik taraf ke F1RST Platinum Air. Sungguh berbeza, lembut dan lebih baik.


Dec 2010 : T-Blaze bersama tempat duduk WTB Rocket V.


SETERUSNYA : ?????

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Bicara @ Opening

2010 - fast forward