Just to share for all. If you plan to go to FRIM there are a lot of trails that you could follow. This is however the official map, there are more trails that you could discover such as the trail to Steriod Hill and Sungai Buloh.
Dah lebih 2 tahun T-Blaze dinaikki. Beberapa perubahan dan penaikan taraf telah di berikan kepada T-Blaze ALU 3+ ni. Gambar-gambar berikut menceritakan kronologinya. Jun 2008 : Masih baru lagi, tongkat pun ada lagi Oct 2008 : Kerja-kerja pemasangan bar-end (Giant) Jan 2009 : Setelah kejadian tergolek sewaktu menuruni bukit kat Seri Gombak Hash maka beralihlah tayar Heng Shin ke Kenda Nevagal 2.1. Nov 2009 : Oleh kerana "seat post" lama pendek, maka telah dinaik taraf yang panjang (FSA Carbon). Apr 2010 : T-Blaze kat ladang sawit Hash BTP. Belemuih kena lumpuq. May 2010 : T-Blaze beraksi di Bukit Kiara Okt 2010 : Perubahan ketara dibahagian depan. Ampaian depan dinaik taraf ke F1RST Platinum Air. Sungguh berbeza, lembut dan lebih baik. Dec 2010 : T-Blaze bersama tempat duduk WTB Rocket V. SETERUSNYA : ?????
Basikal Gunung @ Mountain Bike ??? Aik, cam mana boleh bekecimpung pulak kat benda ni. Asalnya nak mengaktifkan badan balik setelah lama dok membesarkan badan je. Jadi aku survey la basikal dekat kedai berdekatan dengan rumah aku. Belek punya belek nampak satu basikal "Proton" T Blaze ALU. Ada diskaun pulak, Jadi aku punya check OK lah, Tengok lagi murah dari Le Run, jadik aku cakap kat tokeh dia "Angkat itu Proton". Basikal Proton Ekor Keras . Standard , OK buat permulaaan.
Aku rasa tibalah untuk menaik taraf lagi si Blaze tu. Hari tu sewaktu KLMBH kayuhan december yang penuh selut, si Blaze punyalah penuh di tayar dan bahagianV brake. Jenuh juga nak membuang selut selut yang melekat tu. Tapi, kalau dah nak tukar ke "disc brake" kena tukar rim pula tu. Blaze punya transmisi pun kena juga dinaik taraf. "Standard" punya hanya mempunyai 18 "gear" lepas tu pakai "freewheel". Jadi masanya untuk dinaik taraf ke 27 "gear". Lepaih ni naik bukit bedesup lagi hendaknya...... Gambar-gambar dibawah menceritakan sebahagian dari prosesnya.... Sebelum dinaik taraf bahagian brek dan transmisi Antara ramuan-ramuannya Separuh jalan, tengah dok pasang "bb" "BB" @ "Bottom Bracket" Dah siap Posisi kiri pulak Ni pula dengan dipasang dengan tempat duduk anak kecil.
Comments