Posts

Lama sungguh tak kemaskini blog ini.

Lama sungguh tak update blog ni. Dengan adanya Facebook, Twitter dan media sosial yang lain, blog  lama tak di kemas kini. La Ni dah dekat penghujung tahun 2013. Banyak memori dan pengalaman ku tempuhi selama menceburi basikal MTB. Takat jatuh dan patah lengan dah merasai. Tapi ikut adalah adat. Nak buat macam mana, kena berhati hati lagi . Harap dapat memperbaharui tulisan adalah blog ini pada masa depan. Kita tengok macam mana........

Kiara oh Kiara

Image
Setelah 3 minggu tak pi kayuh gerek, semalam bersama BC Kelolo telah menerjah denai denai di sekitar Bukit Kiara. Bukit Kiara merupakan salah satu dari Tapak Hutan Simpan yang berada di Kuala Lumpur. Diharapkan ia dapat dikekalkan sampai ke anak cucu cicit kita nanti. Berbalik ke kayuhan semalam. Bermula dengan masuk dari arah "bike wash" ke denai "The Office". Denai baru ni adalah penambahan terbaru di dalam denai Bukit Kiara. Cukup mencabar dengan teknikalnya. Silap silap gaya pengimbangan badan boleh mencium tanah. Dari situ denai lower carnival pula di ratah dan terus ke wakaf berdekatan dengan denai 2K. Orang kata kalau datang ke Bukit Kiara tak merasa denai 2K ni macam mandi tak basah la. Denai selorong amat mengujakan diri dan mencabar dari segi teknikal. Dengan pokok pokok getah di kiri dan kanan, badan harus diimbangkan dan kaki memainkan peranan untuk mendapatkan kayuhan yang ideal. Balik semula ke wakaf dan berehat sambil beramah mesra bersama teman tema...

FRIM 26th March 2010

Image
Pagi Sabtu lepas dapat lah berkayuh kat dalam FRIM. Bermula di sebelah SK FRIM dan masuk ke trailhead di sebelah kawasan khemah. Hari tu pula ramai pelajar, ada merentas desa pula. Jadi kena berhati hati sebab laluan train penuh. Trail bukit hari dengan yang turun bukit laju tak ingat tu terpaksa brek. GPS log di bawah untuk kongsi bersama. Kayuhan hari ini bersama Bro. Farid, kami berdua je sebab yang lain tu tak jadi ikut kerana ada perkara yang lain. Lain kali kena panjat bukit Steriod pulak ni.

Sambungan transformasi TBlaze

Image
Aku rasa tibalah untuk menaik taraf lagi si Blaze tu. Hari tu sewaktu KLMBH kayuhan december yang penuh selut, si Blaze punyalah penuh di tayar dan bahagianV brake. Jenuh juga nak membuang selut selut yang melekat tu. Tapi, kalau dah nak tukar ke "disc brake" kena tukar rim pula tu. Blaze punya transmisi pun kena juga dinaik taraf. "Standard" punya hanya mempunyai 18 "gear" lepas tu pakai "freewheel". Jadi masanya untuk dinaik taraf ke 27 "gear". Lepaih ni naik bukit bedesup lagi hendaknya...... Gambar-gambar dibawah menceritakan sebahagian dari prosesnya.... Sebelum dinaik taraf bahagian brek dan transmisi Antara ramuan-ramuannya Separuh jalan, tengah dok pasang "bb" "BB" @ "Bottom Bracket" Dah siap Posisi kiri pulak Ni pula dengan dipasang dengan tempat duduk anak kecil.

Transformasi T-Blaze

Image
Dah lebih 2 tahun T-Blaze dinaikki. Beberapa perubahan dan penaikan taraf telah di berikan kepada T-Blaze ALU 3+ ni. Gambar-gambar berikut menceritakan kronologinya. Jun 2008 : Masih baru lagi, tongkat pun ada lagi Oct 2008 : Kerja-kerja pemasangan bar-end (Giant) Jan 2009 : Setelah kejadian tergolek sewaktu menuruni bukit kat Seri Gombak Hash maka beralihlah tayar Heng Shin ke Kenda Nevagal 2.1. Nov 2009 : Oleh kerana "seat post" lama pendek, maka telah dinaik taraf yang panjang (FSA Carbon). Apr 2010 : T-Blaze kat ladang sawit Hash BTP. Belemuih kena lumpuq. May 2010 : T-Blaze beraksi di Bukit Kiara Okt 2010 : Perubahan ketara dibahagian depan. Ampaian depan dinaik taraf ke F1RST Platinum Air. Sungguh berbeza, lembut dan lebih baik. Dec 2010 : T-Blaze bersama tempat duduk WTB Rocket V. SETERUSNYA : ?????

FRIM's MAP

Image
Just to share for all. If you plan to go to FRIM there are a lot of trails that you could follow. This is however the official map, there are more trails that you could discover such as the trail to Steriod Hill and Sungai Buloh.

2010 - fast forward

Diam tak diam dah lebih dari 1 tahun aku berkecimpung dalam gg ni. Selalu juga ikut geng GLC pi kayuh. Macam macam denai dah rasa. Basikal aku pula dok macam tu. Yang di upgrade ialah aku punya tayar dari jenama "heng Shin" ke Kenda. Sedap sikit grip tanah waktu naik bukit dan turun bukit. Kalau tak selalu "bededup" .