Posts

Showing posts from December, 2010

Transformasi T-Blaze

Image
Dah lebih 2 tahun T-Blaze dinaikki. Beberapa perubahan dan penaikan taraf telah di berikan kepada T-Blaze ALU 3+ ni. Gambar-gambar berikut menceritakan kronologinya. Jun 2008 : Masih baru lagi, tongkat pun ada lagi Oct 2008 : Kerja-kerja pemasangan bar-end (Giant) Jan 2009 : Setelah kejadian tergolek sewaktu menuruni bukit kat Seri Gombak Hash maka beralihlah tayar Heng Shin ke Kenda Nevagal 2.1. Nov 2009 : Oleh kerana "seat post" lama pendek, maka telah dinaik taraf yang panjang (FSA Carbon). Apr 2010 : T-Blaze kat ladang sawit Hash BTP. Belemuih kena lumpuq. May 2010 : T-Blaze beraksi di Bukit Kiara Okt 2010 : Perubahan ketara dibahagian depan. Ampaian depan dinaik taraf ke F1RST Platinum Air. Sungguh berbeza, lembut dan lebih baik. Dec 2010 : T-Blaze bersama tempat duduk WTB Rocket V. SETERUSNYA : ?????